Friday, January 22, 2010

Founder Day- Hari Pengasas


Sir Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telahdilahirkan pada 22hb Februari 1857. Sehubungan itu, tarikh ini juga dijadikan Hari Pengasas Pengakap Sedunia. Kepada Guru Pemimpin setiap Kumpulan/Sekolah digalakkan untuk menganjur program sempena Hari Pengasas .

Majlis Bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

MAJLIS BERSAMA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor akan mengadakan majlis bersama Yang Berbahagia Dato' Kaharudin Mo'min, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara seperti berikut :
Tarikh : 24 Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi ( pendaftaran )
Tempat : Kem Ulu Semenyih, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.
Kehadiran :
1. Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
2. Pesuruhjaya Pengakap Daerah,
3. Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
4. Ahli Pasukan Latihan Negeri.
Pakaian : Uniform Pengakap No. 3

Kehadiran tuan/puan amat diharapkan

Friday, January 8, 2010

Kejayaan dan pencapaian PPM Daerah Putrajaya







Berikut adalah kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh PPM Daerah Putrajaya pada tahun 2009
A. Merupakan PPM daerah yang telah menghantar petugas yang paling ramai (6 daripada 15 orang) sebagai Pegawai Perhubungan Antarabangsa untuk 23rd APR Conference yang berlangsung di Hotel Hilton pada 27 Okt - 2 Nov 2009 iaitu:
1. Puan Rohani binti Haji Ahmad - ADC Program [SK Putrajaya Presint 11(2)]
2. En. Mohd Hizam bin Che Abdul Rahim - Penolong Pemimpin, SK. Putrajaya Presint 11 (2)v- wakil komuniti
3. Encik Mohd Hafizal bin Azizudin - Penolong Pemimpin SK. Putrajaya Presint 11 (2) - wakil komuniti
4. Puan Bany Anis- Penolong Pemimpin SK Putrajaya Presint 14 (1)
5. Puan Liza anak Man - Penolong Pemimpin SK Putrajaya Presint 14 (1)
6. Encik Herman bin Nurdin - Pengakap Kelana, Agensi Dadah Kebangsaan IOI Resort, Putrajaya
B. Puan Rohani binti Haji Ahmad (ADC Program) telah mewakili PPM Daerah Putrajaya ke Bengkel Pengurusan Malapetaka di Cibubur, Jakarta pada 15 - 20 November 2009.
C. Puan Rohani binti Haji Ahmad (ADC Program) dipilih mewakili PPM Negeri Selangor dalam Bengkel Pengurusan Risiko Peringkat Kebangsaan di BP House pada 17 – 19 Julai 2009
D. Puan Rohani binti Haji Ahmad telah dianugerahkan dengan Fellows of the Rover Order of St. George daripada Boy Scout of Philippines (Malangnya tak dapat hadir ke majlis Knighting Ceremony yang diadakan pada 28 - 29 Dis kerana perlu berada di sekolah ) Sila layari http://roversintl.ning.com/forum/topics/rover-order-of-st-george-1?xg_source=activity untuk mengetahui senarai penerima.
E. Puan Rohani binti Haji Ahmad telah dipilih sebagai host dari Malaysia di bawah program Under the Spotlight. Sila layari website ini http://scouting4peace.ning.com/forum/topics/our-new-guest-under-the-spot untuk membaca E-Temubual.






Bengkel Pendaftaran Kumpulan Pengakap

Aktiviti pertama di bawah Unit Pentadbiran dan Teknologi Maklumat adalah seperti ketetapan berikut:
Program: Bengkel Pendaftaran Kumpulan
Tarikh: 28 Jan 2010
Hari: Khamis
Tempat: Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2)
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Fasilitator : Puan Rohani binti Haji Ahmad (ADC Pentadbiran dan Teknologi Maklumat)
Perkara yang perlu dibawa:
1. Komputer riba
2. CD kosong
3. Senarai nama ahli pengakap tahun 2009 (Tahun 3, 4 dan 5 sahaja)
Sasaran:
Setiap sekolah perlu menghantar dua orang guru pemimpin untuk bengkel ini.
Rasional:
Membolehkan semua sekolah di Putrajaya dapat mendaftarkan kumpulan dan juga ahli-ahlinya.
Harapan:
Semoga tahun ini, 100% sekolah di Putrajaya dapat didaftarkan selewat-lewatnya sebelum bulan April.

Mesyuarat PPM Daerah Putrajaya kali 1 sesi 2010

Mesyuarat PPM Daerah Putrajaya kali 1 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 26 Jan 2010
Hari: Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat: Auditorium, Sekolah Sultan Alam Shah.
Pakaian: Uniform Pengakap No.3
Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua guru pemimpin