Saturday, February 20, 2010

ORGANISASI PENTADBIRAN PENGAKAP PUTRAJAYA SESI 2010-2011

Berikut adalah Struktur Organisasi PPM Daerah Putrajaya sesi 2010-2011.
1. Pesuruhjaya Daerah : Pn Haslinda bt Abu Hassim (Sek Sutan Alam Shah) - clinda_81@yahoo.com
2. ADC Sumber Dewasa dan Latihan: En Muhamad Irwan Fahmi bin Shaari (Pusat Kokurikulum Putrajaya d/a SK. Putrajaya Presint 11 (3) - wanfahmishaari@yahoo.com
3. ADC Program: Pn Rohani bt Hj Ahmad (SK Putrajaya Presint 11 (2) - adcprogram_ppmputrajaya@yahoo.com
4. ADC Pentadbiran dan Teknologi Maklumat: En Mohd Fazly b Ahmad Fazhil (Filem Negara Malaysia) - mfazly@filemnegara.gov.my
5. ADC Kerohanian: En Mohd Ridzuan b. Che Lah (SK Putrajaya Presint 16 (1) - zuar_76@yahoo.com
6. ADC Perhubungan: En Kumaraguru al Kuppusamy (SK Putrajaya Presint 9 (1)
7. ADC Biro Wanita : Cik Siti Salahiah bt Mat Noor (SK Putrajaya Presint 9 (2) - cts_28@yahoo.com
8. ADC (Tugas-tugas Khas)
a. Pn Razlin Raha bt Abdul Razak - PKK (SK Putrajaya Presint 11 (1)
b. Pn Roslia bt Ahmad - PM&PR (Sek Sultan Alam Shah) - rosliachee@yahoo.com

BENGKEL PENDAFTARAN KUMPULAN DAN TAKLIMAT STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN

Sukacita dimaklumkan Unit Program, PPM Daerah Putrajaya akan menganjurkan perkara di atas mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 2 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Sasaran: Guru pemimpin (2 orang dari setiap sekolah)
Penceramah
1. Bengkel Pendaftaran Kumpulan - Pn Rohani bt Hj Ahmad ( ADC Program)
2. Taklimat Struktur Organisasi - Encik Yussri bin Abdullah (Pesuruhjaya PPM Daerah Sepang)
Tempat: Bilik Mesyuarat PPWPP

Perkara yang perlu dibawa:
1. Komputer riba
2. Senarai lengkap nama ahli pengakap dan guru pemimpin
3. Borang PPM-8 yang telah diisi lengkap serta ditandatangani oleh Guru Besar atau Pengetua. Borang ini hendaklah dibuat TIGA salinan. (bagi sekolah yang belum mendaftarkan sekolah)

Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam menghadiri majlis ini amat diharapkan demi memartabatkan PPM Daerah Putrajaya.

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGAKAP MUDA

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu unit Pengakap Muda bagi pemimpin pengakap yang berkhidmat di sekolah rendah. Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan program dan sistem latihan kepada ahli pengakap di tahun 6 yang kebanyakannya telah mencapai dan akan mencapai usia 12 tahun, di mana mengikut Dasar dan Peraturan-peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia tidak lagi dilatih sebagai Pengakap Kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan objektif latihan, pemimpin pengakap di sekolah rendah yang telah lulus manikayu unit Pengakap Kanak-kanak adalah ditawarkan bagi mengikuti Kursus Kepimpinan Manik Kayu unit Pengakap Muda.
Siri kursus akan diadakan pada ketetapan berikut:
1. Kursus Pengenalan Manik Kayu : 06 Mac 2010
2. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat I : 26 - 28 Mac .2010
3. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III(1) : 25 - 27 Jun 2010
4. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III(2) : 16 - 19 Julai 2010
Pemimpin yang berminat dimohon melengkapkan borang maklumbalas dan hantarkan ke pejabat Pengakap Negeri Selangor di Kem Temasya Rimba Templer Rawang melalui faks 03-60928966 sebelum 5 Februari 2010.
Sebarang maklumat sila hubungi Setiausaha Latihan Negeri, En. Noor Hashim bin Ismail di talian 019 3458220

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU UNIT PENGAKAP KELANA

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU UNIT PENGAKAP KELANA
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri akan menganjurkan kursus tersebut bagi tahun ini. Kursus ini ditawarkan kepada semua Pemimpin di pasukan kelana negeri Selangor. Kelayakan bagi menyertai kursus ini adalah seperti berikut:
1. Pasukan kelana telah didaftarkan dan mem bahaharui pendaftaran tahun 2010.
2. Pemimpin hendaklah mempunyai pasukan dan ahli kelana.
3. Usia tidak kurang dari 25 tahun pada 01 Januari 2010
Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Kumpulan dan Pemimpin Pengakap Remaja yang telah mempunyai Manik Kayu unit Pengakap Remaja boleh juga memohon bagi mengikuti kursus ini bergantung kepada kekosongan. Kursus ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
1. Kursus Pengenalan : 06 Mac 2010
2. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat I : 23 - 25 April 2010
3. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III (1) : 30 Julai - 01 Ogos 2010
4. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III (2) : 01 - 04 Okt 2010

Wednesday, February 3, 2010

Jambori Budaya Serumpun Malaysia-Indonesia 2010

KONTINGEN NEGERI SELANGOR
KE JAMBORI BUDAYA INDONESIA MALAYSIA
=======================================
1. TARIKH: 8 JUN 2010 HINGGA 12 JUN 2010 ( SELASA – SABTU )

2. TEMPAT: ISTANA PAGAR RUYUNG,TANAH DATAR,
SUMATRA BARAT, INDONESIA

3. PENYERTAAN: ( AHLI PENGAKAP YANG BERKEMAMPUAN SAHAJA )
a. Pengakap ( 13 tahun hingga 18 tahun )
b. Kelana
c. Pemimpin ( Setiap 10 pengakap mesti ada seorang )
4 BAYARAN
Yuran Pendaftaran RM300.00
Yuran Kontingen RM110.00
Tambang ( Tiket ) RM350.00 (sah hingga iklan ini disiarkan - mengikut harga semasa)
Cukai Lapangan Terbang RM40.00
JUMLAH RM800.00
BAYARAN TERMASUK:
a. Jambori Kits
b. 3 x makan sehari X 5 hari
c. Bas ( Airport Padang ke Tapak Jambori )
5. PERJALANAN
5.1 NAIK KAPALTERBANG
- LCCT – PADANG – TAPAK JAMBORI – PADANG – LCCT
( Masa perjalanan dari Bandara ke Tapak Jambori – 2 ½ jam )
5.2 NAIK FERI
- PEL. KLANG – DUMAI – TAPAK – DUMAI – PEL KLANG
( Masa perjalanan dari Dumai ke Tapak Jambori – 12 jam )
5.3 TARIKH BERLEPAS - 7 JUN 2010 jam 9.00 pagi WM dari LCCT

5.4 TARIKH PULANG: - 13 JUN 2010 jam 9.00 pagi WM dari PADANG

Kepada ahli pengakap PPM Daerah Putrajaya yang berminat, sila dapatkan borang daripada ADC Program
Terima kasih