Tuesday, March 30, 2010

Perkhemahan Pengakap Wanita Negeri Selangor


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pengakap Negeri Selangor dengan kerjasama jabatan negeri Selangor dan Pejabat Pelajaran WP Putrajaya akan mengadakan Perkhemahan Pengakap Negeri Selangor Kali ke-3 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 hingga 18 April 2010
Hari : Jumaat hingga Ahad
Pendaftaran : 2.00 – 3.30 petang (16 April 2010 / Jumaat )
Tamat :11.00 pagi. (18 April 2010 / Ahad )
TEMPAT : Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(2) WP. Putrajaya

TEMA: MEMPERKASA PENGAKAP WANITA KE ARAH PENGAKAP RAJA

SASARAN
i. PengakapMuda (Tingkatan 1,2 dan 3)

(Penyertaan atas dasar sukarela dan merebut peluang)
ii. Pengakap Remaja (Tingkatan 4 dan 5 )

(Penyertaan atas dasar sukarela dan merebut peluang

iii. Pemimpin Kumpulan (guru pengiring)
iv. Pemimpin Pengakap mewakili PPM Daerah (petugas)


BAYARAN PENYERTAAN / PENDAFTARAN
i. RM 45.00 seorang Pengakap Muda dan Remaja (ditaja sebahagian atau sepenuhnya oleh PIBG/Sekolah Peruntukan Kokurikulum] atau sumbangan individu/peserta). RM35.00 bayaran untuk pendaftaran perkhemahan dan RM10.00 untuk pengurusan kontingen)
ii. RM5.00 seorang pemimpin pengiring & pemimpin urusetia.
iii. Kewangan akan diguna untuk makan minum, lencana aktiviti, sijil penyertaan, kad aktiviti, bahan aktiviti, dll.


ANGGARAN PENYERTAAN : 620 peserta

1. Petaling Perdana & Petaling Utama - 40 orang

2. Kelang

Kelang - 20 orang
Pelabuhan Klang- 40 orang
Kapar -40 orang
3. Hulu Langat
Hulu Langat - 40
Kajang - 40
4. Gombak - 40
5. Kuala Langat - 40
6. Kuala Selangor
Kuala Selangor- 40
Tanjung Karang- 40
7. HuluSelangor - 40
8. Sepang - 40
9. Sabak Bernam
Sabak Bernam- 40
Sungai Besar- 40
10. Putrajaya - 80

Pendaftaran Kumpulan

Tarikh terakhir untuk menghantar borang pendaftaran kumpulan adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 2 April 2010
Masa; sebelum jam 4.00 petang
Tempat: Sekolah Sultan Alam Shah

Kepada guru pemimpin, sila ambil tindakan segera.