Tuesday, November 23, 2010

Kejayaan ADC Program PPM Putrajaya


ADC Program PPM Putrajaya sekali lagi telah dicalonkan sebagai Guru Cemerlang Kokurikulum bagi kategori Sekolah Rendah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan yang telah dilangsungkan di Hotel Empress, Sepang, Selangor pada 11 November 2010 yang lalu. Beliau berjaya mendapat tempat kelima (top five finalist). Pada tahun 2008, beliau telah berjaya menduduki tempat kedua. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah Peringkat Putrajaya 2010.

Ujian Lencana Keahlian untuk Pengakap Kanak-Kanak




Gambar 1. Peserta ujian berehat sebentar

Gambar 2. PraUjian untuk Ujian Lencana Keahlian.

Gambar 3: Penerangan ringkas mengenai perjalanan ujian oleh Ketua Unit Latihan Kumpulan 12, SK Putrajaya Presint 11 (2)

SK Putrajaya Presint 11 (2) telah mengadakan Ujian Lencana Keahlian untuk Pengakap Kanak-Kanak di bawah Program Permuafakatan Pintar Permata Hatiku pada

Tarikh: 23 dan 25 November 2010
Masa: 8.30 pagi - 12 tengahari
Tempat: SK Putrajaya Presint 11 (2)
Nota: Memandangkan hanya 5 peserta yang hadir, taklimat dan praujian dijalankan di Pejabat SK Putrajaya Presint 11 (2).

Antara sekolah yang dijemput adalah:

1. SK Putrajaya Presint 11 (1)
2. SK. Putrajaya Presint 11 (3)
3. SK Putrajaya Presint 8 (1)
4. SK Putrajaya Presint 9 (1)
5. SK Putrajaya Presint 14 (1)

Aturcara
23 November 2010
(Taklimat dan PraUjian)

8.00 pagi - pendaftaran
8.30 pagi - Istiadat Laung Agung (taklimat dan amali)
9.00 pagi - Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
- Tabik Hormat dan Isyarat Hormat Pengakap
9.30 pagi - Semakan Buku Log
10.00 pagi - rehat
10.30 pagi - Sejarah Permulaan Pengakap
11.00 pagi - Cerita Hutan
i. Mowgli menjadi anak serigala
ii. Mowgli diterima dalam kumpulan serigala
12.00 tengahari - Pembahagian kepada kumpulan dan bersurai


25 November 2010
8.00 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi - Istiadat Laung Agung (Amali)
9.00 pagi -
i. Lafaz Persetiaan Pengakap
ii. Lafaz Rukunegara
iii. Penerangan ringkas daripada peserta mengenai
-Tabik dan Hormat Pengakap
- Makna Hormat Pengakap
iv. Cogankata Pengakap
9.45 pagi - Ujian bertulis
- Lambang Pengakap Sedunia
- Lambang Pengakap Malaysia
- Cerita Hutan
- Sejarah permulaan pengakap di Malaysia

Memandangkan ujian dijalankan pada cuti persekolahan, hanya 5 orang peserta daripada Kumpulan 12, SK Putrajaya Presint 11 (2) yang hadir. Mereka adalah
1. Adriz bin Mohamad Abdul Latif - 5 Petunia
2. Norrizah bt Rosle - 4 Petunia
3. Nur Ainaa bt Ridzuan - 4 petunia
4. Siti Latifah bt Husin
5. Allia Halilah Iman bt Mohamad Abdul Latif - 3 Petunia

Walaupun hanya 5 peserta yang hadir, Ujian Lencana Keahlian masih diteruskan. Hari ini ujian Lafaz Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap telah dijalankan. Tahniah diucapkan kepada kelima-lima peserta ini.

Tuesday, November 2, 2010

Kursus Laung Agung dan Istiadat Mengibarkan Bendera untuk PKK

Tarikh: 11 November 2010
Masa: 2.30 petang
Tempat: SK Putrajaya Presint 11 (2)
Sasaran:
1. Dua orang Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
2. Dua orang Pengakap Kanak-Kanak.

Sila bawa bersama thumb-drive/pendrive atau external harddisk untuk muatturun bahan-bahan kursus.
Kehadiran tuan/puan diamat dihargai dan didahuluid engan ucapan terima kasih.

Nota:
Kursus ini tidak dapat dijalankan kerana ADC Program terlibat dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Empress, Sepang. Insyallah, kursus ini akan dilaksanakan pada tahun 2011