Saturday, December 31, 2011

Gambar-gambar aktiviti PPM Putrajaya 2011

Mohon kerjasama semua guru pemimpin ataupun ahli-ahli pengakap di sekolah yang mempunyai gambar-gambar aktiviti kepengakapan sepanjang tahun 2011 untuk diemelkan kepada adcprogram_ppmputrajaya@yahoo.com agar gambar-gambar tersebut dapat dimuatnaikkan di laman web ini. Sebarang aktiviti kepengakapan yang dilakukan oleh ahli-ahli PPM Putrajaya tidak dapat dimuatnaikkan kerana ketiadaan gambar-gambar tersebut dalam simpanan saya. Kerjasama dari tuan-puan amat diharapkan. Terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Pembelian Logo WOSM





Sukacita dimaklumkan bahawa harga sekeping lencana WOSM adalah RM2.50 tetapi sekiranya dibeli secara pukal (melebihi 2000 unit) maka daerah akan memperolehi diskaun sebanyak 25%, sehubungan itu saya mencadangkan agar semua ahli hendaklah membuat pembelian melalui guru pemimpin dan guru pemimpin menyalurkan wang pembelian kepada DC ataupun ADC Pentadbiran sekali dengan wang pendaftaran 2012. (wang pendaftaran ahli RM3.00 dan wang lencana WOSM RM2.50 = RM5.50) . Rebat akan dipulangkan kepada ahli-ahli ataupun wang tersebut bolehlah dimasukkan ke dalam tabung pergerakan pengakap sekolah masing-masing. Pembelian boleh dibeli terus dari Kedai Pengakap di BP House, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Harap maklum.

Pertandingan Futsal PEMADAM Peringkat WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan


Biro Belia dan NGO, Pemadam Kebangsaan bersama Pemadam WP Kuala Lumpur akan menganjurkan pertandingan

Futsal PEMADAM peringkat WP KL, Putrajaya dan Labuan pada

Tarikh : 28 Januari 2012

Tempat : Kompleks Futsal Samba & Excel, Jalan Segambut, Kuala lumpur

Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Sekretariat Saudara Muhd Syazwan di 03-20941190 atau 013-4680403

Ucapan terima kasih dan maaf dzahir batin dari Ybhgia Tn KPPN - Dato' Hj Kaharudin bin Momin


Monday, December 12, 2011

Pemakaian Lencana World Bureau WOSM di baju seragam pengakap




Sukacita dimaklumkan bahawa pemakaian lencana World Bureau di baju seragam pengakap telah dikuatkuasa dengan serta merta apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Majlis Eksekutif Pengakap Negara telah bermesyuarat pada 28 Oktober 2011. Majlis sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa semua ahli pergerakan pengakap di Malaysia perlu memakai lencana ini di pakaian seragam masing-masing di atas poket kanan. Semoga arahan ini dapat dipatuhi!!!!
Kepada ahli - ahli Pengakap Malaysia yang dihormati.. PULAPEM dengan ini menyampaikan amanat secara terus daripada Dato' Seri Paduka Dr Hj Shafie Bin Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara. Semua ahli pengakap termasuk Dato' KPPN, TKPPN, ACC, PPMHQ, SC, ASC, DC, ADC, Pemimpin, Pen Pemimpin, ahli - ahli unit PKK, PM, PR, PK.. ahli2 Majlis Pengakap Kebangsaan, Negeri dan Daerah.. anda semua diwajibkan memakai Logo Pengakap Dunia (WOSM) yang dijahit di atas poket sebelah kanan (atas tag nama) seperti yang telah diputuskan Mesyuarat Majlis Eksektuif Pengakap Malaysia. Lencana ini telah diwajibkan penggunaannya dan menjadi salah satu etika uniform pengakap malaysia. Sekian terima kasih

Ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan PPM Putrajaya sesi 2010-2011

Dimaklumkan bahawa pentauliahan Pesuruhjaya Daerah dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya bagi sesi 2010 - 2011 akan berakhir pada Disember ini. PPM Putrajaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjaya Daerah dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah yang telah memberi kerjasama padu dalam membangunkan pergerakan pengakap Putrajaya. Jasa tuan/puan amat kami hargai. Semoga barisan kepimpinan untuk sesi 2012 - 2013 akan lebih mantap. Majulah PPM Putrajaya. Once a scout forever a scout...........

Sunday, December 11, 2011

VOLVO ADVENTURE AND THE SCOUTS OF THE WORLD AWARDS

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) akan mengadakan satu pertandingan Eksklusif kumpulan pengakap untuk mengenalpasti projek-projek terbaik alam sekitar bagi mewakili pengakap sedunia di Volvo Adventure and The Scouts of The World Awards.
Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berharap agar berita ini dapat dihebahkan kepada semua ahli pengakap di peringkat Negeri mahupun Daerah yang berminat\ untuk menyertainya dan sebarang maklumat dan garis panduan mengenai program tersebut boleh didapati dengan melayari laman sesawang WOSM di alamat www.scout.org/sotwa_ guidelines atau
Rebutlah peluang ini bagi membuktikan bahawa PPM Putrajaya mampu untuk bersaing di peringkat dunia.

2013 National Scout Jamboree


Tarikh: 15 - 24 Julai 2013
Tempat: The Summit Bechtel Family, national Scout Reserve, West Virginia USA
Sila layari website ini www.bsajamboree.org untuk maklumat terperinci.
Kepada ahli-ahlipengakap PPMPutrajaya yang berminat untuk menyertai jambori ini, mulalah menabung dari sekarang.

Commonwealth Scout Forum & UK National Scout Service & Parade 2012


Tarikh: 26 - 30 April 2012
Tempat: Gilwel Park, Chingford London

29th APR Scout Jamboree 100 Years Scouting

29th Asia-Pacific Regional Scout Jamboree

The Asia-Pacific Scout Jamboree is a major Scouting event which aimed at giving additional opportunity to young people between the ages 12 to 17 years old. For 2012, the Sri Lanka Scout Association will be hosting the 29th APR Scout Jamboree in conjunction with the 100 Years of Scouting in Sri Lanka.

Date: 1 – 6 April 2012. Participants are requested to arrive on 31 March 2012 and should leave the Jamboree site on 7 April 2012. International Service Team (IST) will arrive on 30th March and depart on 08th April.

Venue: Gam Udawa & Kandalama sites Dambulla, Matale District in the Central Province of Sri Lanka. 121 kilometres from the Bandaranayke International Airport (CMB).

Fee: USD 150.00 for all participants & Staff, USD 100.00 for IST. Jamboree Registration Fee will cover transportation to and from airport, tent accommodation, food (from 31st March to 7th April) and Jamboree souvenirs.

Eligibility: The Jamboree is organized for young people both male and female aged 12 to 17 years old. International Service Team (IST) should be above 18 years old and ideally not above 45 years old.

Programme Highlights: Opening and Closing ceremonies, adventure park (horse riding, archery, water activities), Youth Forum, friendship programme, camp Fires, APR village, sight seeing to places of World Heritage sites, etc.

Home Hospitality: Maximum of three days before or after the Jamboree will be arranged for overseas participants who are interested to extend their stay in Sri Lanka on request.

Climate: Warm and sunny weather.

29th APR Scout Jamboree official website

Download files
Special Jamboree Package (view online)
Kindly browse through this website to know more regarding the above said matter.
http://www.scout.org/en/around_the_world/asia_pacific/information_events/apr_events/29th_asia_pacific_regional_scout_jamboree

Sunday, January 30, 2011

PROGRAM PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2011

Mac 2011
Korobori Kebangsaan, Kem Pengakap , Bukit Katil, Melaka. ( PPM Melaka )
April 2011
Agoonoree Peringkat Kebangsaan 2011, (11-14 April 2011) Pusat Ko Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor ( PPM Johor )
Pertandingan Kepandaian dan Kemahiran Pengakap Muda Peringkat Kebangsaan, WP Kuala Lumpur ( PPM WPKL )
Mei 2011
JOTA Malayasia ke-4 ( KELKOM )
Jun 2011
The 1st Malaysian Rainforest Scout Challenge, Belum Temengur Rainforest, Malaysia ( PPM Perak )
Ogos 2011
APR JOTA / JOTI ( KELKOM )
Oktober 2011.
53rd World JOTA / 14th World JOTI, 16-17 Oktober, Worldwide ( KELKOM )
November 2011 (19-25 Nov 2011)
Jambori Pengakap Malaysia ke-12 / Terengganu International Scout Jamboree 2011, Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu. ( PPM Terengganu )

Peringkat Antarabangsa 2011

January 2011
The 11th IUMS International Conference, Curtiba, Brazil, 9 January
39th World Scout Conference, Curtiba, Brazil. 10 – 14 Jan
February 2011
Founder’s Day, 22 February, Worldwide
June 2011
APR Seminar on Enviromental Education & Biodiversity, 5 – 8 Jun, Indonesia
August 2011
World Scout Day, 01 August, Worldwide
September 2011
APR Workshop on Effective National Adult Resources Committee & National Training System, 16-19 Sept, Japan
APR Workshop on Partnership & Fundraising, 22-25 September, Korea
International day of Peace, Worldwide, 21 September
ISGF World Conference, Italy, 25 Sept – 2 Oct.

INTERNATIONAL YOUTH PROGRAM 2011

January 2011
16th National Jamboree of Bharat Scouts and Guides India, Hyderabad, Andhra Pradesh, India. 3-9 January 2011
International Scout Forum for Muslim Youth, Blumenau, Brazil, 2 January 2011
11th World Scout Youth Forum, Curtiba, Brazil, 3 -6 January 2011
ASEAN Neighbourhood Inviation Jamboree, Ligao Citu, Philpines, 17 – 21 January 2011
Mac 2011
SAARC Camp, Bhutan, 21 -26 Mac 2011
July 2011
National Scout of Thailand ( NSOT ) Centenial Celebration, 1 July
Jambori Nasional Indonesia ( JAMNAS ),, 2 – 9 July 2011, Bumi Perkhemhana Telok Gelam, Palembang, SUMSEL, Indonesia
28th APR Scout Jamboree, / 100 Years Scouting Taiwan ,11 – 17 July 2011, Kaoshiung, Taiwan.
22nd World Scout Jamboree, 27 July – 7 August 2011, Sweden
August 2011
APR Jamboree on The Air / Jamboree on the Internet
Oktober 2011.
53rd World JOTA / 14th World JOTI, 16-17 Oktober, Worldwide
December 2011 International COMDECA ( Community Development Camp ), Songkhla