Sunday, December 11, 2011

VOLVO ADVENTURE AND THE SCOUTS OF THE WORLD AWARDS

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) akan mengadakan satu pertandingan Eksklusif kumpulan pengakap untuk mengenalpasti projek-projek terbaik alam sekitar bagi mewakili pengakap sedunia di Volvo Adventure and The Scouts of The World Awards.
Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berharap agar berita ini dapat dihebahkan kepada semua ahli pengakap di peringkat Negeri mahupun Daerah yang berminat\ untuk menyertainya dan sebarang maklumat dan garis panduan mengenai program tersebut boleh didapati dengan melayari laman sesawang WOSM di alamat www.scout.org/sotwa_ guidelines atau
Rebutlah peluang ini bagi membuktikan bahawa PPM Putrajaya mampu untuk bersaing di peringkat dunia.

No comments:

Post a Comment