Saturday, February 20, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGAKAP MUDA

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu unit Pengakap Muda bagi pemimpin pengakap yang berkhidmat di sekolah rendah. Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan program dan sistem latihan kepada ahli pengakap di tahun 6 yang kebanyakannya telah mencapai dan akan mencapai usia 12 tahun, di mana mengikut Dasar dan Peraturan-peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia tidak lagi dilatih sebagai Pengakap Kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan objektif latihan, pemimpin pengakap di sekolah rendah yang telah lulus manikayu unit Pengakap Kanak-kanak adalah ditawarkan bagi mengikuti Kursus Kepimpinan Manik Kayu unit Pengakap Muda.
Siri kursus akan diadakan pada ketetapan berikut:
1. Kursus Pengenalan Manik Kayu : 06 Mac 2010
2. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat I : 26 - 28 Mac .2010
3. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III(1) : 25 - 27 Jun 2010
4. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III(2) : 16 - 19 Julai 2010
Pemimpin yang berminat dimohon melengkapkan borang maklumbalas dan hantarkan ke pejabat Pengakap Negeri Selangor di Kem Temasya Rimba Templer Rawang melalui faks 03-60928966 sebelum 5 Februari 2010.
Sebarang maklumat sila hubungi Setiausaha Latihan Negeri, En. Noor Hashim bin Ismail di talian 019 3458220

No comments:

Post a Comment