Saturday, February 20, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU UNIT PENGAKAP KELANA

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU UNIT PENGAKAP KELANA
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri akan menganjurkan kursus tersebut bagi tahun ini. Kursus ini ditawarkan kepada semua Pemimpin di pasukan kelana negeri Selangor. Kelayakan bagi menyertai kursus ini adalah seperti berikut:
1. Pasukan kelana telah didaftarkan dan mem bahaharui pendaftaran tahun 2010.
2. Pemimpin hendaklah mempunyai pasukan dan ahli kelana.
3. Usia tidak kurang dari 25 tahun pada 01 Januari 2010
Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Kumpulan dan Pemimpin Pengakap Remaja yang telah mempunyai Manik Kayu unit Pengakap Remaja boleh juga memohon bagi mengikuti kursus ini bergantung kepada kekosongan. Kursus ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
1. Kursus Pengenalan : 06 Mac 2010
2. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat I : 23 - 25 April 2010
3. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III (1) : 30 Julai - 01 Ogos 2010
4. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III (2) : 01 - 04 Okt 2010

No comments:

Post a Comment